IWMOSQ
IWMOSQ Inisiatif Digital Ummah
Dokumentasi & Pusat Bantuan Rasmi

Pusat Bantuan & Panduan Sistem

Panduan lengkap langkah demi langkah untuk membantu AJK mentadbir portal kariah, waktu solat, kutipan infaq, dan hebahan dengan mudah.

Topik Popular: , , ,

Semua Panduan & Dokumentasi

Memaparkan 19 artikel panduan

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Kerap Ditanya Pentadbir Masjid

Adakah platform IWMOSQ benar-benar percuma? ▼
Ya, platform IWMOSQ dibina sebagai inisiatif wakaf teknologi ummah. Pendaftaran, subdomain percuma, fungsi waktu solat automatik, pengurusan aktiviti, hebahan dan tabung infaq asas adalah percuma untuk semua masjid dan surau di Malaysia.
Bagaimana duit sumbangan infaq disalurkan ke akaun masjid? ▼
Duit sumbangan infaq dalam talian (FPX) disalurkan terus melalui payment gateway patuh syariah (ToyyibPay atau Bayarcash) ke nombor akaun bank rasmi masjid yang anda daftarkan. Pihak IWMOSQ sama sekali tidak memegang dana kutipan tersebut.
Bolehkah saya gunakan alamat domain sendiri seperti www.masjidkami.my? ▼
Boleh. IWMOSQ menyokong sambungan Custom Domain dengan sijil keselamatan SSL percuma melalui integrasi Cloudflare. Anda hanya perlu menghalakan DNS domain anda mengikut panduan yang disediakan di Pusat Bantuan.
Adakah waktu solat dikemaskini secara automatik setiap hari? ▼
Ya, sistem dihubungkan terus ke pangkalan data rasmi JAKIM e-Solat. Setiap hari waktu solat akan diselaraskan mengikut zon kariah anda tanpa memerlukan input manual daripada pihak AJK.

Masih Memerlukan Bantuan Lanjut?

Pasukan sokongan teknikal IWMOSQ bersedia membantu kariah anda dalam urusan pendaftaran, setup domain khas dan latihan pengurusan AJK.